Focus Point Concept Store @ Melawati Mall




Focus Point Concept Store @ Melawati Mall | Rasanya kalau sebut Focus Point, ramai dah memang sedia tahu kot yang Focus Point ni kedai jual cermin mata . Masa sekolah dan awal awal dapat tahu mata ni rabun pun memang buat spect dekat Focus Point . Sebab rasa macam dekat Focus Point je ada rangkaian koleksi 'spect' yang berkualiti , dan design cantik cantik . Harga pun berpatutan .

kedai cermin mata, kedai cermin mata murah, Focus Point, Focus Point Concept Store, Focus Point second outlet, Melawati Mall
Photo credit : http://www.neezalife.com

Masa berjalan dekat Melawati Mall haritu , ternampaklah kedai Focus Point ni dekat level LG . Tapi tengok macam lain machiam je Focus Point punya kedai ni . Tukar concept ke apa? Sebab nampak lagi cantik & interior tu nampak kemas je .

Rupanya yang dekat Melawati Mall ni ialah Focus Point Concept Store. Patutlah lain je layout kedai dia . Tapi rasanya lagi prefer konsep macam ni sebab gunakan konsep terbuka . Semua 'spect' boleh cuba . Tak ada lah macam biasanya kedai spect banyak letak dekat dalam bekas kaca , so bila kita nak cuba - nak kena mintak promoter tolong ambikkan . Bila dekat Focus Point Concept Store ni, lagi rasa seronok nak memilih , nak belek belek ,  nak cuba cuba , nak selfie selfie . 


Yela kan, mestilah nak kena cuba, belek , selfie dulu sebab spect bukan nak pakai takat dalam rumah je . For sure la nak kena pastikan spect tu sesuai dengan bentuk muka, bila pakai nampak cantik . Baru lah rasa confident je nak pakai spect .



 Contoh contoh selfie syok sendiri hahaha :






I personally prefer pakai glasses/spect lagi daripada contact lens . Sebab rasa macam contact lens tu agak leceh . Susah nak pakai , nak kena bersihkan lagi blablabla . Tapi kalau spect , pakai je bila bila nak pakai . Cabut bila bila nak cabut . Rasa kelabu, lap lap je guna kain hehee . Tapi ada juga masa masa bila rasa nak feeling mata pan-asia , melayan juga pakai lens ekekeke .



Banyak sangat pilihan dekat Focus Point Concept Store ni . Konsep yang ada dekat sini pulak terbahagi kepada 3 ;

  • Whoosh Concept
  • Eyefont Concept
  • Focus Point


Whoosh Concept ni lebih kepada design yang nampak trendy . Design pun banyak yang jenis oversized , ada yang jenis cat eye , ada yang ala ala harry potter . So kalau korang seorang yang berpersonaliti ceria, fashionable ; boleh lah pilih koleksi daripada konsep Whoosh ni . Untuk spect daripada koleksi Whoosh ni, korang boleh dapatkan pada 4 range harga yang berbeza . Harga ni fixed tapi bagi I memang berbaloi . Daripada RM165, RM195,RM216 dan RM265 .

kedai cermin mata, kedai cermin mata murah, Focus Point, Focus Point Concept Store, Focus Point second outlet, Melawati Mall
Photo credit : http://www.neezalife.com

Eyefont Concept pulak memfokuskan pada rangkaian cermin mata yang berjenama . High end brand lah senang cerita . Terdiri daripada jenama Mont Blanc, Chopard , Porsche , Prada , Gucci dan banyak lagi (yang ni kena simpan dalam cermin sebab mahal ehehee) .

kedai cermin mata, kedai cermin mata murah, Focus Point, Focus Point Concept Store, Focus Point second outlet, Melawati Mall
Photo credit : http://www.neezalife.com

Untuk jenama jenama lain pulak dikategorikan bawah kategori Focus Point . Antara jenama terkenal yang ada ialah GUESS, Oakley, Rayban, Coach dan banyak lagi .





Lagi satu yang menariknya dekat Focus Point Concept Store ni ialah , ada satu bahagian khas untuk koleksi cermin mata kanak kanak di 'KID'S ZONE' . Memang comel comel lah spect untuk kanak kanak dekat sini . Ada jenama Poney, Guess , dan Rayban pun ada . Haih kalau ada anak dah ni memang dah beli terus dah ni . Banyak design yang berkenan . Geram je tengok! Mak mak boleh la belikan satu untuk anak anak uols. 

kedai cermin mata, kedai cermin mata murah, Focus Point, Focus Point Concept Store, Focus Point second outlet, Melawati Mall
Photo credit : http://www.neezalife.com

---------------------------------------------------------

Kalau dah namanya pembukaan baru , mestilah ada special promotion kan?

Okay terhad untuk pembelian di Focus Point Concept Store Melawati Mall sahaja , ada macam macam promosi!

PROMOSI TERHAD PEMBUKAAN 
FOCUS POINT CONCEPT STORE MELAWATI MALL



  • RM1 Frame - dapatkan frame pada harga RM1 sahaja! (untuk design terpilih) .


Murah kot frame RM1. Biasanya frame je dah RM100+ . Belum tambah lens lagi . So, ini ialah satu penjimatan . 

Cara nak dapatkan promosi ni? Korang pergi ke kaunter cashier dan bagitahu je nak mendaftar untuk promosi frame RM1. Senang kan?

Photo credit : http://www.sabbyprue.com/

Promosi ni sah dari 26 July 2017 hingga 31 August 2017


  • Diskaun 60% untuk koleksi GUESS Eyewear .


Haritu dah tengok juga design design GUESS, banyak yang cantik cantik . Kalau dah harga asal RM500 , mungkin boleh dapatlah RM200 je . Murah weh!


Promosi ni sah dari 26 July 2017 hingga 31 August 2017

  • Promosi Rayban pada RM399!


Untuk Rayban model Rayban RB3025 cuma berharga RM399 je. I tak sure sangat price range Rayban ni macam mana, tapi kalau tak silap memang RM800+ kot . So kalau dah RM399, tak ke murah gila tu? (While stock lasts)

  • Poney Kids BUY 1 FREE 1



Promosi untuk jenama Poney Kids ada promosi BELI 1 PERCUMA 1  (Valid 26 July 2017 - 31 August 2017)


  • Diskaun 50% untuk pembelian kedua WHOOSH Eyewear


Whoosh dah ada pakej menarik dan murah . Kalau dah beli satu, dan rasa nak beli lagi satu - dapat pulak 50% untuk pembelian kedua . Best kan? (Valid 26 July 2017 - 31 August 2017)




So sementara tengah promosi ni, janganlah lepaskan peluang . Bukan selalu tau nak dapat promo macam ni . Terus je pergi Melawati Mall dan cari Focus Point Concept Store ni dekat level LG .


FOCUS POINT CONCEPT STORE 
Melawati Mall
LG-19, UP2-01


Website : http://www.focus-point.com/index.php
Facebook : https://www.facebook.com/FocusPointFP/
Instagram : @focuspoint_my















Related search :  Focus point Malaysia, Focus Point Melawati Mall,  optometrist malaysia, buat spek murah, kedai spek murah, spek murah malaysia, spek siap 30 minit, spek murah siap sejam, spek murah siap 30 minit, cermin mata murah, rayban murah, cermin mata hitam murah, sunglasses murah, cermin mata berkualiti malaysia

No comments

FOLLOWERS