Tuesday, October 8, 2019

Dorsett Grand Subang BBQ & Steamboat Buffet Dinner Review & Cara Untuk Dapatkan Promosi Beli 1 Percuma 1!


Masa aku baca kawan kawan blogger lain ada share pasal "Dorsett Grand Subang 3 Wishes" , aku dah start rasa uwuuuuu bestnya! Memang plan aku rasa sekali sekala nak la staycation over the weekend kan, tidur dekat hotel walaupun Kajang dengan Subang tu sejengkal je jauhnya haha. 

Kalau korang taktahu lagi apa itu "Dorsett Grand Subang 3 Wishes", okay biar aku explain sikit.



Ini merupakan limited time promo bermula 1 April 2019 sehingga 31 December 2021 yang diadakan oleh Dorsett Grand Subang, dimana sepanjang promo ni , korang bukan je boleh enjoy 25% Best Available Rate (BAR) tapi dapat juga pilih 3 wishes iaitu 3 jenis complimentary services dibawah yang korang nak. 

Antara wishes yang korang boleh pilih :

PERCUMA - Sarapan untuk 2 orang di Terazza Brasserie (Daily)
PERCUMA - Upgrade bilik ke Bilik Deluxe setiap penginapan
PERCUMA - Perkhidmatan Menggosok 2 pcs pakaian setiap penginapan
PERCUMA - 1 Dorsett Mocktail dari pukul 5 petang - 8 malam untuk 2 orang di Piano Lounge
PERCUMA - 1 canister Dorsett Signature Cookies setiap penginapan
PERCUMA - Perkhidmatan isian Minibar setiap penginapan (minimum 2 malam menginap)


Best kan? Tak cukup dengan tu, korang boleh enjoy penginapan penuh selama 26 jam. Dah cukup 26 jam haa baru checkout. Ngam kan? Biasa tidur hotel, tak cukup 24 jam dah kena check out kan. Rugi rugiii.

For more details about review penginapan di Dorsett Grand Subang dan 3 wishes ni, korang boleh baca dekat belog diorang ni ;



Okay, sekarang kita taknak cerita pasal bilik atau penginapan dekat sini. Tapi aku nak share sikit experience aku layan BBQ & Steamboat Buffet Dinner di main restaurant Dorsett Grand Subang ni iaitu di Terazza Brasseri. Dekat sini la biasanya guest hotel akan breakfast. Kiranya ni restaurant terbesar dalam Grand Dorsett Subang ni.

Menariknya, tema buffet dinner dekat sini berbeza beza mengikut hari. Kalau nak layan BBQ & Steamboat buffet, korang kena datang pada hari Jumaat dan Sabtu sahaja. Pada hari Rabu dan Khamis pula ada International Buffet Dinner. Yang ni lebih kepada tema western dan italian rasanya. Aku pun tak berapa sure tapi bagi aku kalau rasa nak layan buffet, better korang datang for BBQ & Steamboat Buffet Dinner. 

Kenapa? Okay meh aku senaraikan sebab sebabnya .

1. Badan Tak Bau Asap Sebab Tak Perlu Grilling

Monday, October 7, 2019

Jamaica Blue : Cafe yang famous dengan 'Blue Mountain' coffee dan menu ala Jamaican yang sedap!




Aku sendiri susah nak kategorikan diri aku ni introvert ke extrovert. Sebab ada masa masa, aku rasa macam asyik nak keluar je, jumpa kawan kawan, kenal orang baru, pergi event sana sini. Tapi ada masanya, aku langsung tak rasa nak keluar rumah. Even lapar dan bahan tak cukup dekat dalam rumah pun, sanggup aku makan je apa ada (tapi most of the time order dekat Food Panda la haha). Tapi apa kategori sekalipun, yang aku tahu, kalau tetiba aku rasa nak mingle dan nak lepak dengan kawan kawan aku, aku akan make sure tempat kitorang nak jumpa tu mestilah bestt!

Masa sesi 'lepak' aku haritu, aku jumpa Amira & Amin. Patutnya ramai lagi tapi masing masing ada hal. Makanya, kitorang bertiga jela. Diorang dua ni kawan aku masa sama sama kerja dekat PayPal. Amin sekarang kerja as freelance reviewer/ write. Amira pulak kerja dekat Shopee. Office dia dekat sebelah Midvalley Megamall je. Makanya, untuk sesi membawang kali ni, aku pilih untuk lepak dalam MidValley Megamall je.




And yas seperti di title telah tertulis, kitorang mengopi di Jamaica Blue, MidValley Megamall.

For some people, ni mesti first time korang dengar nama Jamaica Blue ni kan? Bagi aku pulak, dah selalu nampak cafe ni, cuma aku lalu lalang je depan dia haha. Tak pernah terdetik nak singgah atau cuba lagi. Akhirnya , kali ni rezeki la untuk aku cuba apa yang ada dekat Jamaica Blue ni.

Cookies dan bakes pun banyak

Antara pastries yang korang boleh cuba dekat Jamaica Blue ni

Friday, September 20, 2019

Rugi besar kalau korang ketinggalan promo Bento & Onigiri RM1.00 dekat myNEWS ni

Hello, Assalamualaikum.

Haritu aku ada cerita dekat IG pasal Nasi Lemak singgit, kemain suka korang eh. Yela, seringgit kot, masa zaman semua benda mahal sekarang ni, nak makan sehari pun kena spend minimum RM10. So bila ada peluang nak dapatkan benda murah, takkan la nak lepas kan, betul tak?

Okay since haritu kita tekak Melayu, kalini kita tukar selera sikit layan makanan Jepun pulak. Nak lagi best, pada harga RM1.00 je!!



Kalau korang penggemar Bento dan Onigiri, ni memang berita baik untuk korang memborong Bento dan Onigiri pada harga RM1, setiap hari SELASA dan KHAMIS di myNEWS. (Bento pada hari Selasa dan Onigiri pada hari Khamis) Ye, myNEWS yang jual magazine, ada coklat coklat, ada jual air tu. 

Thursday, August 29, 2019

Sempena Sambutan Merdeka, 'McD' Bukit Bintang Sekarang Di Kenali Sebagai 'Mekdi'

"Hello, ye? Nak jumpa dekat mana? 'Mekdi? Ha okay okay".

Conversation yang biasa antara kita dengan kawan-kawan. Kalau time aku study dulu, ni conversation dengan pakwe hahaha. Kemain ye dating dekat McDonald's. Konon-konon buat study group or assignment. Yela, McDonald's Malaysia kan ada ruang tempat duduk banyak, selesa nak berkumpul dan siap ada FREE WIFI yang laju giloss. Memang jadi tempat tumpuan la bagi student  - student nak berkampung time nak siapkan assignment atau thesis.

Makin membesar, aku rasa menu kegemaran aku dekat McDonald's Malaysia ni pun bertukar-tukar. Kalau masa kecik dulu suka sangat Double Cheeseburger. Kenapa? Sebab tak ada lettuce haha. Sejenis tak makan sayur ye dulu! So kalau order Double Cheeseburger, cuma kena keluarkan timun tu je. Tak banyak yang nak kena di 'bedah'. Bila dah masuk zaman study, aku suka GCB. Sedap! Masa dapat tahu GCB dah dijadikan menu permanent, aku lah antara rakyat Malaysia yang happy tu haha.

Kalau nak cerita pasal makan apa best dekat McDonald's, eh rasanya banyak nak kena cerita. Tu tak masuk lagi part ice cream favourite lagi tu hehe. Pendek kata, McDonald's ni dah sinonim dengan kita rakyat Malaysia. 


'Mekdi' di McDonald's Bukit Bintang


Tahu tak restoran McDonald's pertama di Malaysia, terletak di Bukit Bintang tu dah pun berusia 37 tahun? Yasss! Restoran pertama McDonald's di Malaysia dibuka pada tahun 1982. Fuhh! Aku pun tak lahir lagi ye masa tu. 


Baru baru ni signage 'Mekdi' dah  diletakkan besar besar terpampang dihadapan McDonald's Bukit Bintang. Kalau kebetulan jalan jalan dekat kawasan Bukit Bintang tu, singgah lah bergambar depan signage 'Mekdi' ni kejap.  'Mekdi' ialah singkatan kepada 'McD' yang selalu kita guna bila borak dengan kawan-kawan kan? Panggilan 'Mekdi' ni terasa lebih mesra dan lebih 'lokal' je kan? Feeling Malaysian sangat hehe. 


Seiring dengan nak jadikan McDonald's lebih berjiwa Malaysia, memang diorang cuba memastikan semua berkaitan dengan McDonald's semuanya tempatan. Macam mana tu?



REVIEW : Obsess Cosmetics Cushion Foundation + Lagi 3 Produk Obsess Cosmetics Yang Korang Patut Cuba


So, ceritanya haritu aku dapat jemputan ke Obsess Cosmetics Makeup Party. Majlis ni sebenarnya diadakan untuk raikan semua stokis dan agen Obsess Cosmetics yang dah sama sama jadi tulang belakang selama ni. Dengar dengar jumlah agen Obsess Cosmetics ni dah mencecah 2000 orang. Ramai! Dan masa majlis haritu pun memang 80% jemputan ialah agen Obsess Cosmetics. Selebihnya ialah blogger, MUA dan influencers.


Tema event kali ni memang cantik betul. Lovin all the setup! Nak ambil gambar pun cantik je. Cuma sebabkan ramai masa tu, aku pulak sejenis malas serabut nak bergambar time orang ramai ramai. Makanya aku bergambar dekat tempat duduk sendiri jela haha .



On My Instagram