Sunday, January 29, 2017

Hashtag #FarahOffMarket dah boleh start guna ke?

Hello & Assalamualaikum .


gambar hiasan masa event Honda. Rinduuuuu event Honda!


Alamak dah nak masuk bulan 2 lah . Cepatnya rasa . Pejam celik pejam celik .. eh dah habis sebulan . Pejam celik pejam celik ... eh dah bulan 4 ... pejam pastu celik kejap .. eh dah kawen! Hahahaha

Ha tulah motif utama entry ni . Nak bagitahu aku nak kahwin dah *joget joget .

Perasaan sekarang ni macam bercampur aduk . Lebih kepada kena kawal emosi . Sebab bila datang mode aku serabut dengan preparation semua ... terus aku macam "ahh malas ah kawen camni" kahkah lihatlah betapa tak stabilnya emosi aku . Kejap meroyan macam dah gatal sangat nak kawen , kejap rasa macam "eh tahun tahun depan jelah kawen" hewhew .

Penentuan tarikh kawen amatlah secara tetiba . Start decide tarikh hujung bulan 12 haritu , dan tarikh 29/4 dipilih . 28/4 tu tarikh nikah lah . Hm apasal aku rasa tarikh ni tak cantik? Nak tukar boleh tak? Hahaha .  

Dan part lawaknya disini , sampai ke saat ini ..

Kustie x Watson : Takde alasan lagi untuk tak nikmati saat mandi




Daripada dulu sampai sekarang , aku still tak boleh nak faham kenapa orang suka mandi lama lama . Ada kawan aku yang kalau masuk bilik air untuk mandi , aku sampai lupa yang dia ada lagi dekat dalam rumah tu . Ingatkan dah sampai GSC tengok wayang ke apa sebab sumpah lamaaaaa gila dah mandi hahaha . Sejam ada kot? Kalau tengok wayang agaknya dah sampai scene climax dah .

Kadang aku juga lah mandi lama lama , shampoo rambut dengan penuh lemah gemalai , siap pakai conditioner bagai -- lepastu scrub - bilas - sabun - bilas - sabun - bilas ... bila keluar keluar bilik air 

"aik baru 15 minit je?"

Dah tu ... member aku duduk dalam tandas lelama sampai 40 minit or sejam , dia buat apa wey? 

Monday, January 23, 2017

Bila bawak kereta dengan mak | Video pertama ala Vine yang hambar tapi dapat sambutan . Eh?


Hello Assalamualaikum .

Sejak sejak dah habis intern, walaweh nikmat gila hidup aku . Nak tidur ke nak korek hidung ke nak rendam kaki dalam air sirap ke .. suka hati aku je nak buat apa . Takde sape marah hahaha walaupun rendam kaki dalam air sirap sounds bongok . Trust me, i won't do that .

Berbekalkan masa lapang yang sepatutnya banyak benda aku patut buat tapi aku tak buat ..  end up aku terjebak dengan ber-video pulak .  Korang patut dan wajib tengok video bawah ni . Apa apa keadaan pun , aku PAKSA untuk korang tengok juga hahaha HATTA korang kedekut data sekalipun , pergi minta hotspot kawan sebelah .

Bawak kereta dengan mak mak ni boleh bikin stress jugak kadang kadang hahaha . Walaupun apa yang diorang pesan & cakap tu betul tapi bila dengar lama lama adehh tensen juga minda ni . _ Daripada elok elok fokus , & boleh bawak elok elok, terus jadi teragak agak & cuak. Siapa mak dia macam ni? ๐Ÿ˜œ . Viners @frhdafri . ✔ Tag ล•ฤƒฤทรฅลˆ² anda. ๐Ÿ”ฅ Follow page group kami ~ Viral Page ๐Ÿ“ก ▶▶@malaysiaigers Bakat Tempatan ๐ŸŽฅ ▶@malaysiaviners Video Instagram ๐ŸŽฌ ▶▶@malayavidgram Kata-kata Orang Kita ✏▶▶@malaykata Terima kasih kerana sokongan anda! ✌ Bersantai sambil berhibur. . ● selagi tak follow hidup tak tenang ● #malaysiaigers #malaysiaviners #malayavidgram #malaykata #hambar #mudahterhibur #ikutcarakita #videopendek #malayvines #paidreview #paidreviewmalaysia #paidreviewmurah #lucu #sketsa #15saat #isusemasa #faktahebat #makanangin #aktivitisosial #humor
A video posted by Malaysia Viners (@malaysiaviners) on


Shopping dekat Giant jela CNY ni, kan murah ....

Hello & Assalamualaikum

Bestnya menjadi seorang #Malaysian ialah negara kita ni kaya dengan budaya , adat , dan sambutan perayaan . Kaya juga dengan cuti umum ekekeke .

Bilamana orang Islam berpuasa dan sambut Aidilfitri , dapat cuti raya
Bilamana orang beragama hindu sambut deepavali , dapat cuti Deepavali pulak .

Dan macam biasalah awal awal tahun , ada Tahun Baru Cina pulak . Gong xi gong xi!
Masa ni lah nak tengok macam macam decoration berwarna merah , tanglung bergantung dan supermarket jual bertimbun timbun limau mandarin ! and HUGE SALEEEEE!!

Sukanyaa!

Sehubungan dengan itu , Giant pun taknak terlepas untuk bersama sama memeriahkan lagi musim perayaan tahun baru cina ini dan bagi korang kemudahan dan kesenangan dalam berbelanja pada harga jimat dan berbaloi . 

kepochinya seorang Farah bershopping

Friday, January 20, 2017

Noraniza Idris & Tyka 3 Juara sampaikan mesej melalui "Wangikanlah Hatimu"





Hello Assalamualaikum ,


Masa sekolah dulu , sejak daripada sekolah rendah pun .. aku sangatlah aktif dalam aktiviti kebudayaan especially lagi tarian dengan nyanyian . Kiranya, kalau waktu hari guru ke, hari anugerah cemerlang ke amende, memang muka aku jelah yang terkibai kibai dekat atas pentas duk menari tradisional . Kalau masa dulu , lagu femes yang selalu guna untuk menari kebudayaan ni balik baliknya lagu Noraniza Idris dengan Siti Nurhaliza lah . Takpun lagu Ulik Mayang, Puteri Santubong Puteri Sejinjang .. 

Tapi sekarang , aku terfikir fikir .. ada lagi ke persembahan macam tu dekat sekolah sekolah ? Ke semua budak sibuk buat persembahan menari raver je kakakaka . Sebab .. masa aku Form 5 dulu pun sekolah dah mula approved kan untuk budak ber-shuffle dekat perhimpunan , agaknya kalau sekarang ni budak budak ber-raver pun tak ada yang pelik lah kan?

Thursday, January 19, 2017

ONLINE to OFFLINE : Cuba pasarkan produk jualan online korang dekat sini pula - POP @ Jaya One & Markets 21

Hello Assalamualaikum

Ekceli, aku tengah stress & murung memikirkan cara nak backup & transfer whatsapp punya chats daripada iPhone masukkan ke phone android . Ya ampun stress dia rasa macam nak pergi gigit penjuru dinding je . Tapi kejap , cool kejap ... Sementara menenangkan diri , kita cerita sikit pasal aktiviti aku Ahad lepas semasa dekat Markets 21, Jaya One.


Okay, macam yang ada aku update dalam entry ni , Market 21 kembali lagi dan diadakan pada 14 dan 15 Januari 2016.  Market 21 tu , no 21 indicate berapa kali dah Market ni diadakan . Maksudnya dah kali ke 21 lah kan ? Wohoo meriah !



Wednesday, January 18, 2017

2 Benda Wajib Dibawa Kemana Mana : Deep Heritage Beauty Pure Foundation & 2 in 1 Perfect Lips


Assalamualaikum ,

Bilamana nak keluar atau pergi mana mana ,  ada dua benda yang aku pastikan aku akan bawak bersama (selain daripada wallet & handphone ) iaitu :

Makeup remover
Makeup

Kadang tu, beg aku berat semata mata sebab dua benda ni je .

Makeup remover biasanya aku akan transfer dalam satu bekas kecik (beli dekat Daiso) , dan aku bawa sekali dengan cotton pad . Aku lagi prefer dan gigih bawa makeup remover ni daripada wet tissue sebab aku rasa tak yakin yang wet tissue boleh remove mascara dengan menyeluruh . So kalau nak solat ke apa , aku risaukan solat tu tak sah .

Bila dah remove makeup untuk solat , of cos lah nak kena start touch up balik . Biasanya bila awal awal sebelum keluar rumah kemahen siap ber-eyeshadow bagai , tapi bila nak makeup semula , aku akan guna beberapa produk je termasuklah ;

Review : ABBAMART One Shot Brush Washer - Senangnya cuci berus makeup!


Hello Assalamualaikum 

Aku kalau makeup memang rajin . 
Tapi bila masuk bab nak cuci makeup .. alahai malasnya . Rasa macam kalau balik rumah tu nak terus tidur je . Tapi memikirkan kulit muka perlukan ruang untuk bernafas, dan nak elakkan daripada pori tersumbat dan jerawat untuk berpesta - maka kena lah rajinkan diri juga dalam diambang kemalasan untuk cuci dan sental mekap habis habisan sebelum tidur .

Tapi, kalau setakat cuci mekap je tapi makeup tools yang kita guna untuk makeup tak dibersihkan pun sama lah jugak . Berus atau span yang kita guna untuk apply foundation , bedak , blusher , eyeshadow semua tu pun WAJIB WAJIB WAJIB dibersihkan!

Eiiii tak geli ke pakai berus / span yang dah berhabuk , melekat lekat kotoran lepastu sapu pulak dekat muka! 

Macam mana nak cuci berus mekap?

Sebelum sebelum ni aku suka guna shampoo 'Carrie Junior' untuk cuci makeup brush . Seeloknya guna shampoo baby ya sebab shampoo baby ni mild , jadi tak mengeraskan bulu berus kita tu . Dulu aku pernah jumpa tips cuci berus mekap dekat Pinterest . Tips tu suruh gunakan olive oil untuk cuci . Aku cuba sekali lepastu tobat taknak buat dah hahaha . Sebab bila guna minyak , susah nak bersihkan and end up jahanam berus aku tu -.-"

Sekarang ni jadi lagi senang bila ada brush washer. Ada macam macam brand yang available dekat pasaran tapi aku guna yang daripada brand ABBAMART. Aku dapatkan ni daripada Althea . Sebotol 300ml & harga pun tengah ada diskaun cuma RM24 jeee !

Friday, January 13, 2017

Wangikanlah Hatimu : Berpotensi buatkan ramai jatuh cinta semula pada lagu Irama Malaysia?

Assalamualaikum .


Meh kita throwback dalam 10 tahun lepas, rasanya kalau sebut lagu "Hati Kama" , "Nazam Berkasih" dan jugak ;

"Bermohon sembah, sembah berhajat ...
hajat berasal kayangan puri
hamba puteri imbas berempat
turun bermalam serata negeri... "

DIKIR PUTERI!

... mesti korang tahu kan?

Lagu lagu ni lah femes dikalangan penari kebudayaan sekolah bila buat persembahan dulu dulu hahah . Memang suka sangat lagu lagu irama malaysia ni . 

Salah satu nama besar dalam genre etnik kreatif ni ofkos lah Noraniza Idris a.k.a Kak Ani kita! Ingat tak dulu kalau masa Juara Lagu, dia conquer satu pentas penuh dengan penari dia jeee hahaha . Meriah kan! Sekarang mana ada lagi dah . Sobs . Rinduuu lah!

But ... very soon  ...  Kak Ani akan buat kemunculan semula tapi kali ni jadi lebih mantop dan gempak dengan gandingan bersama Tyka , peserta rancangan 3 Juara dan single terbaru diorang tu akan dilancarkan serentak di media sosial pada hari Ahad, 15 Januari 2017, 9 malam semasa grand finale 3 Juara nanti . wohooo meriahnyaa!

Image may contain: 2 people, text


Markets21 & POP store by Jaya One | 14-15 Jan 2017 Wajib pergi!




Hello!

Masa aku study dekat Melaka dulu, aku cukup gigih ulang alik ke KL bila hujung minggu. Macam macam benda aku buat dekat KL ni termasuklah photoshoot (zaman zaman kurus dulu) , dan juga sertai bazaar . 3-4 tahun lepas, rasanya hampir setiap minggu mesti ada organizer yang anjurkan event dan yang selalu aku pergi ialah Frinjan , Urbanscape dan Chic Pop . Frinjan selalunya diadakan dekat Shah Alam, kalau Chic POP Market ni pulak di Petaling Jaya, specifically di Jaya One.

The Kenduri buat ramai wedding planner marah!

Assalamualaikum , hello!

Dah masuk tahun 2017 ni , automatik bertambah lagi umur ni . Daripada 25 , jadi 26 pulak . Ops terkantoi pulak umur hahaha . Bila dah masuk range umur 25 keatas ni , mula lah semua busy kahwin kahwin .

Aku pun dah kena mula fikir pasal persiapan kahwin jugak . Ehem kalau nak tahu ... Taklama lagi sampai giliran aku pulak nak jadi bini orang hewhewhew *tersipu malu* . 

Bila? 

Hmm nanti aku bagitahu hahaha acah berahsia gittew .

the kenduri zaim dan arham alumni uitm , the kenduri pakej kahwin , bajet rendah the kenduri , the kenduri murah , the kenduri instagram, the kenduri chintafifi, the kenduri menawarkan pakej kahwin bajet
===

Kahwin = Duit kena banyak!


Satu benda yang amat memeningkan bila bercakap pasal kahwin , dah pastinya sangat berkait rapat dengan duit .

Hm nak kahwin ni memang nak kena pakai banyak duit tau . Lagi lagi untuk majlis . Aku sendiri pun dah mula serabut kepala dah fikir pasal katering semua ni . Bayangkanlah , sekarang paling paling pun katering mesti RM10 untuk 1 pax, minimum pulak sekurangnya untuk 1000 orang.  Tak ke dah RM10,000 tu? Fuhh buntu ku memikirkannya .

Tapi ... lepas je aku kenal dengan Arham & Zaim , pengasas THE KENDURI , aku dah boleh bernafas dengan normal hahaha .



Apa yang THE KENDURI ni buat sampai boleh bagi aku bertenang ni?