Friday, December 30, 2016

Pencarian spa dengan pakej menarik dan berbaloi berakhir di Beringin Spa & Beauty


Hello & Assalamualaikum .

Setelah beberapa bulan menghambakan diri dan minda untuk internship , finally it's over! Bila dah habis ni terus rasa lega sangat , rasa nak joget joget , rasa bahagiaaaaaaaaaaaaaa!

Tiba tiba baru perasan , eh dah lama lah tak manjakan diri . Dah lama tak pergi spa, dah lama tak pergi massage , dah lama tak curi masa for some pampering session .

Dekat Damansara ni berlambak je spa & beauty centre yang ada tapi rata rata nya yang style moden moden . Mana best moden moden ni, kalau dah namanya nak ber-spa , mestilah nak kan yang ala ala Bali , tema nusantara lepastu masuk masuk je bau serai wangi dengan alunan muzik sayup sayup je bunyi burung burung , bunyi ombak tak pun music instrumental . Gittew 

Gigih lah aku google, search search dekat instagram & finally iols memilih untuk ke Beringin Spa yang terletak nun di Bangi sana hahaha . Betapa cekal dan tabahnya aku ke Bangi daripada Kota Damansara semata mata nak ber-spa .



Apa yang buatkan aku gigih sangat nak jugak nak jugak pergi Beringin Spa ni?

Thursday, December 29, 2016

Terhiburnya mengayuh beca berlampu @ Putrajaya



Kadang kadang aku rasa aku ni mudah sangat cranky ,  marah over something yang remeh atau tak patut marah pun . Dan kadang tu, aku boleh jadi seorang yang terlalu mudah terhibur . Kadang kadang lawak hambar pun boleh hiburkan aku , hulur kek sepotong pun boleh hiburkan aku , dan yang terbaru ... kayuh beca berlampu pun mampu hiburkan aku wakakakaka ....

Jom DIY Cushion Foundation!



Weeee! Another beauty-related blog post!

Aku suka betul bila buat entry berkaitan dengan beauty product . 

Kenapa?

Sebab gambar semua cantik cantik , dan banyak benda nak dibebelkan bila bab bab kecantikan ni . Jelas kegadisan seorang Farah . hewhew

==========================

JOM DIY CUSHION FOUNDATION!

Sebenarnya aku dah lama perhati cushion case dekat Innisfree . Semuanya cantik cantik , corak pulak semua comel dan mengundang kegeraman melampau . Tapi setiap kali pergi , niat nak beli - confirm tak jadi!

Image result for INNISFREE CUSHION CASE

Mungkin sebab aku rasa benda alah tu mahal kot . Sebab sponge dengan cushion case tu dijual berasingan . Ah satu hal pulak nak kena beli dua dua . Kang kalau beli cushion case je tanpa sponge, aku nak guna macam mana . Kalau beli sponge je, lagilah sia sia haha .

Sejak sejak Althea punya mobile shopping app dah launch, makin menggatal je tangan aku ni nak membeli . Nak nak pulak Althea ni kerja nya asyik buat promotion je . Haih you memang suka mainkan perasaan i kan?

Sesambil scroll tu, ternampaklah koleksi 'It's My Cushion' ni . Harga pulak RM19 je. 

Wait, what? 

Saturday, December 24, 2016

16 Going On 17! - Jom tengok bunga api dekat Citta Mall?

Assalamualaikum , Hello!

Perasan tak lately ni masa rasa macam berjalan lajuuuuuu sangat! Tengok tengok dah nak masuk tahun 2017 dah . Bila dah hujung hujung ni baru lah perasan jugak 

"Eh azam tahun ni tak tercapai lagi"

Kahkahkah . Sibuk fikir azam tahun ni padahal azam tahun lepas , tahun lepas lepas , tahun lepas lepas lepas ... tak pernah nya tercapai pun . Ahaks! Kalau ada pun mungkin 1/10 je hewhew


Okay skip lah pasal azam . Ni nak tanya ni , 


new year ni sambut dekat mana?


Jangan salah paham pulak . Maksud sambut tu tak suruh pun korang berjimba tak ingat dunia pergi pesta liar ke apa haha . Tapi ...  masa ni lah nak ajak ahli keluarga sama sama countdown & fefeling tengok bunga api *piu piu bunyi bunga api* 

Nak kan tempat yang santai santai , tak bersesak sesak dan selesa nak 'countdown' new year ni ??  better pergi dekat CITTA MALL .

Yup, CITTA MALL!


Why? Sebab bagi aku , kawasan tu tak sesak . Tak macam dekat The Curve ke , Dataran Merdeka ke apa yang sumpah sesak gilaaa . Dengan jem nya , dengan susah parking nya . Kalau dekat Citta Mall ni rilek rilek je . Rasanya kalau nak bawak anak kecil pun takde lah rimas sangat . Kemudahan tandas surau pun semuanya lengkap .


Nak lagi best ? Nanti masa countdown tu dihiburkan lagi dengan persembahan artis artis jemputan . Artis yang terlibat pulak bukan calang calang hokeyy , semuanya ada achievement power power internationally wohooo!

Siapa siapa siapa??


Thursday, December 15, 2016

Pilihan Foundation Harian Saya & 5 Sebab Untuk Anda Sukakannya



Hello!

Masa aku kecik kecik, suka sangat tengok Lindsay Lohan. Korang perasan tak muka dia penuh dengan freckles? Versi melayu orang panggil jeragat lah . Jeragat ni terhasil daripada kesan cahaya matahari . Macam bintik bintik hitam dekat kawasan hidung dengan pipi tu . Nampak cantik je dia walaupun ada freckles. Tak kisah mat salleh mana mana pun , kalau ada freckles, aku rasa itu sesuatu yang cantik haha .

Tapi, bila kulit muka aku mula berusia (ehem let say 'matang' ) , jeragat dah mula terhasil . Maka usaha usaha untuk menghilangkan jeragat mahupun mensamarkan jeragat tu mula diambil. Termasuklah guna macam macam spesis krim muka dan juga aplikasi mekap limablas inci hewhew 

Nak hasil serta merta? Memang kena apply concealer dan foundation lah.  Lagi teruk masalah kulit tu, lagi tebal lah nak kena tempek . Jenuh jugak ler nak tempek hari hari. Nak cuci pun dah sekian juga . 

Aku sangat cerewet bila bab nak pilih foundation . Walaupun kulit muka aku takde lah bermasalah sangat, tapi aku sukakan foundation yang boleh bagi full coverage. Biar lah gebu melampau, lagiii aku suka! hahaha .

Sekarang ni, untuk 'base makeup routine' , aku akan selang selikan guna foundation Artistry dan juga Hanie Foundation . Tapi untuk daily use, aku prefer Hanie Foundation lagi.





Kenapa?

Friday, December 9, 2016

Kisah Aku, Encik Dafri dan Honda Civic 10th Generation Baharu


*entry ni panjang gilaaa dan banyak gambar aku yang cun kahkah. nak baca? teruskan :p

Rasanya, kalau sebut Honda dekat orang Mesia ni semuanya tahu. Unless kau bijak pandai pergi tanya bayi berusia 2 bulan ;

"Adik, yu tahu tak Honda Civic baru ada color apa?"

Jawapannya memang dia taktahu lah. dan tindakan kau tanya dekat dia pasal Honda pun dah nampak sangat kurang cerdik hahaha .