Saturday, November 19, 2016

Nak cantik semudah sembur sembur ? Nah pakai ni - CLARUS Instant Reyouth Spray


Hello .

Nak cantik , tapi pemalas .
Sebab tulah, cuma yang rajin dan gigih terlebih je yang mampu jadi cantik .

Well , kalau nak cantik .. mestilah kena rajin makan supplement ikut aturan , tiap malam sapu bermacam krim muka sebelum tidur , sekali sekala kena pergi facial , tiap minggu pakai mask ... macam macam lagi lah . (lecehnya lah kan? )

Tapi, ramai daripada kita ni PEMALAS!

kakakaka . bukan nak cakap dekat orang lain lah , aku pun sama jugak . Kalau boleh , nak pakai satu jenis je produk yang boleh selesaikan semua masalah kulit yang ada .

Dulu aku terfikir gak  ,

"Alah asyik sapu je, malas nya nak sapu sapu ni weyyy ! Takde ke produk jenis spray je. Senang tak kalut nak sapu sapu bagai"

Jelas sangat kemalasan aku tu kan ? ekekeke . takat nak sapu krim sebelum tidur tu apalah sangat tapi kemahen berkira kan hahaha . nak cantik tapi pemalas LOL

Amazingly , sekarang permintaan sistur dah termakbul . Dah ada dah produk jenis spray spray jee lepastu boleh cantik wehhh *Scream!*




"MANA FARAH? MANAAAAAAA" - ku dengar teriakan kakak kakak yang sama nak-cantik-tapi-malas-like-me kakaka .

Friday, November 18, 2016

Apa yang best sangat dekat JB tu?

Hello. 

Orang selalu confuse dan tanya .

"Farah, kau ni orang mana?"

Apa benda soalan lah kan? Mestilah aku orang bumi hahahah k lawak hambar =.="

Biasanya orang akan macam confuse sikit lah, menengokkan pada ability aku boleh cakap macam macam dialek. Sekejap kelantan, sekejap pahang, sekejap nogori, kejap kedah . Boleh tune tune pulak bergantung pada dengan siapa aku bercakap .

Jumpa orang kelantan, kecek kelate
Jumpa orang Melaka, hawau hawau kan hahaha

Tahu kah anda? Bahawasanya aku sebenarnya orang Johor? 
Ekceli, takdelah Johor piau pun (pure) . Family aku memang jenis berpindah pindah . Daripada sekolah dulu lagi memang banyak kali bertukar tukar sekolah dah. Penat memang penat. Tapi best, sebab ramai kawan heee .

"Ayah kerja askar ke?"

Wednesday, November 16, 2016

"Mak, jom pergi KL Tower Mini Zoo . Nak selfie dengan Kangaroo"



Hello .

Nak kata aku ni pencinta haiwan , takdelah sangat . Biasa biasa jelah . Bila nampak sesuatu gebu dan comel , aku masih boleh cakap 

"Wuuuu comelnyaa, gewamm!" . 

Tapi, lepas je balik daripada jenjalan dekat KL Tower Mini Zoo haritu, aku automatik cam ter-discover pulak yang aku ni seorang pencinta haiwan ekekkekeke.

Tapi taktahu lah valid untuk haiwan yang kurang comel ke tidak haha . Sebab sepanjang dekat KL Tower Mini Zoo tu, semua spesis haiwan yang ada dekat situ comel comel . Yang jadi lagi best, dah lah beliau beliau bersifat comel , gebu pulak tu .. dan berbulus . dan paling best .... boleh peluk cium gomol weh!