Friday, September 30, 2016

De' Wajah Penyelesaian Masalah Jeragat Terbaik


Hello!

Typically orang mula risaukan muka naik jeragat bila dah masuk 3 series je . Depa taktahu ke jeragat ni budak budak muda pun boleh dapat? Tak tengok Lindsay Lohan berlakon lah tu masa dia baru umur 15 tahun , kemain banyak jeragat atas muka .

Aku dulu dulu pun sama juga. Rasa macam mak mak je layak ada jeragat kakakaka , so bila tengok kawan ada jeragat , ku tuduh mereka berusia muahaha .

Sebenarnya, jeragat ni apa benda?

Nama canggih dia ialah Melasma . Ianya merupakan perubahan warna kulit gelap yang muncul di kawasan yang terdedah kepada cahaya matahari , terutamanya kawasan muka lah . Dan selalunya terhasil dekat area pipi . Tapi ada juga orang yang berjeragat atas hidung dan dahi .

So, apa punca jeragat ni?

Simple maths , jeragat terhasil apabila kulit kita terdedah secara terus dengan matahari . Sebab tu lah penting nya lumur sunblock satu muka . Jeragat ni tak boleh buat main eh . Nampak je macam bintik bintik halus malu malu , tapi sebenarnya boleh mendatangkan risiko kanser kulit juga .

Lagi satu, jeragat juga berpotensi untuk terhasil sekiranya kita menggunakan bahan kosmetik atau menjalankan rawatan kulit yang tak bersesuaian .

Biasanya golongan yang berisiko untuk ada jeragat ni ialah orang yang berkulit kusam dan kering. But in some cases, kulit berminyak pun boleh timbul jeragat jugak . Eh degil kan jeragat ni, dekat semua tempat dia nak menyelit haha .

Cara merawat jeragat?

Ada banyak cara nak rawat jeragat ni. Cuma option nya berbeza beza. Kau boleh pilih sama ada nak berhempas pulas cari bahan bahan semulajadi , sapu telur sapu segala macam benda aneh pada muka kalau nak ikutkan petua orang tua tu, terpulang ...

Tapi kalau nak option kedua yang lebih senang , lebih cepat berkesan dan dijamin selamat .............

Sila scroll bawah sikit ikikiki .







--------------------------------

De' Wajah


Sekarang , meh nak tanya . Siapa yang tak pernah dengar jenama De' Wajah? Kalau tak pernah tu, ada beberapa kemungkinan .

1. Mungkin kau berasal dari planet lain
2. Mungkin kau tak pernah tengok TV
3. Mungkin kau baru berusia 2 tahun .

Ahaks!

De Wajah ni merupakan antara jenama produk kecantikan 'legend - legend' dah weh  . Sama legend dengan cap "Kejelitaan adalah hak milik setiap insan" ehehe .

Dah 20 tahun weh . Muda sikit je dari umur aku . Kira seawal umur aku 5 tahun , De Wajah ni dah mula dikenali rakyat Malaysia. Kiranya mak mak nenek kita dulu layan De Wajah lah .

Tapi 20 tahun tak bermakna lopek . Sebab dia power lah boleh bertahan selama 20 tahun . Betul tak? 
Jenama yang dah dipercayai dan diakui keberkesannya seantero Malaysia .

Terbaru , De Wajah dah pun melancarkan set 5 dalam 1 yang power untuk membanteras aktiviti aktiviti keji jeragat dekat muka kita . Wajah baru De'Wajah pun nampak lagi fresh dan urban gitu. Barulah searus dunia hipster muehehee .




Set 5 dalam 1 ni memang dah dirumus special untuk korang yang bermasalah kulit kering , kusam dan berjeragat tebal . SSaapppp Sssaaappp je dia keje kan jeragat korang wiwiwiw .

Sebenarnya ikut suka lah nak beli set ke tak , tapi kalau nak kesan power, mestilah beli satu geng kan? Baru lah bersatu teguh ehehe . 5 items yang korang perlukan dalam operasi banteras jeragat ni termasuklah :

  • Sabun muka
  • Susu pembersih
  • toner
  • sunblock
  • nightcream

Setiap satu ni mendukung tanggungjawab dan kebaikan tersendiri . Jadi nya, jangan mengada cakap "awak, kita taknak pakai toner day cream bagai tu boleh tak? macam tak perlu jee"


Itu lah silapnya, kita selalu fikir untuk cuci muka je. Sebaliknya tak ambil peduli kepentingan benda benda lain macam toner, sunblock, night cream semua tu.

Penting ye penting! *ni nak marah ni haha*

  • Toner berfungsi untuk menyegarkan kulit wajah dan membantu mengecilkan appearance pori pori .
  • Sunblock pula sangat penting untuk bagi perlindungan pada kulit kita daripada sinaran UVA dan UVB . 
  • Night cream pulak berfungsi untuk merawat kulit kita dari dalam sewaktu kita tidur. Masa tidur tu kan ada skin renewal, ha masa tu lah paling sesuai untuk apply nightcream dan rawat kulit kita.
  • Susu pembersih? Ha ni berfungsi untuk membuang kotoran pada kulit termasuklah excess makeup yang tak dapat dibersihkan oleh sabun muka biasa. Biar dia korek korek sampai dalam, buang kotoran. Baru lah bersih kulit tuuu .


===========================



Kesan selepas penggunaan De'Wajah



Satu minggu pertama

Untuk penggunaan minggu pertama, korang mungkin akan alami proses peeling sikit . Tapi gelupas halus halus manja manja jelah. Takdelah sampai macam udang kena kopek tu. Lagipun, secara logiknya kulit kita memang perlu untuk di'exfoliate' a.k.a digelupaskan untuk bagi ruang proses penanggalan sel kulit mati untuk ambil alih . Cuma tulah, bergantung pada preference orang lah macam mana kan . But for me, setakat peeling sikit sikit it's normal . Baru lah gebu licin muka bak telur rebus kenduri kahwin dikupas . ihiks .

Masa peeling process sedang berjalan , jangan kau gonyog gonyoh pula muka tu . Biar je. Tenang tenang je . Usah kwatir bak kata bibik aku wakakaka sejak bila aku ada bibik pulak ni ? :p

Untuk kurangkan rasa ketidak selesaan (kalau ada lah) masa peeling tu, adalah disarankan untuk korang lebihkan penggunaan susu pembersih . 

Wai why Y?

Sebab susu tu akan neutralizekan semula kulit dan juga melembutkan . Faham kan?

Satu bulan berikutnya

Waktu ni, kulit dah semakin serasi dengan produk . Kira BFF dah lah kan. Makanya, teruskan pemakaian secara konsisten sampailah semua  pigment, jeragat-jeragat, bekas-bekas parut dan lain-lain telah bersemadi secara abadi . 

Pada tahap ini masih berlaku peeling juga . Macam aku cakap tadi lah , mengelupas halus-halus manja manja je . Biarkan k ! jangan mengada usik-usik atau  garu-garu! *amaran , babab kang!

2-3 bulan berikutnya

Pada tahap ni, korang akan rasa makin selesa guna produk ni. Kulit pun makin serasi dgn produk. Masa ni, dah takde dah peeling sangat mcm mula-mula dulu. Sebab, dah banyak sel-sel kulit mati dan jeragat yang telah berjaya dibanteras. Tapi , jangan berhenti pakai pulak . Konsisten je teruskan pakai k? Cumanya , dah boleh maintain guna nightcream tu, seminggu 3-4 kali saja. Dah tak perlu nak pakai tiap-tiap malam macam mula-mula dulu dah.

Untuk produk lain yang macam sabun pembersih , toner dengan daycream ... wajib pakai hari hari k? Pulak tu .. tolonglah elakkan daripada sesaja berjemur tengah panas . Kalau degil gak , macam mana kulit tu nak dirawat . Baru je nak hilangkan satu jeragat , satu jeragat lain lak timbul .

Kalau dah terpaksa sangat duduk tengah panas tu misalnya dah memang cikgu kelas paksa masuk kawad rumah sukan , korang apply day cream lebih sikit k ? Sebab dalam daycream tu ada sunblock . Jadi biar tebal tebal sikit pakai day cream untuk perlindungan UV yang optimum . Ngerti?


================================





Untuk permulaan nak cuba cuba, korang boleh start gunakan trial pack dulu . Walaupun kecik , tapi boleh tahan untuk penggunaan sebulan lebih jugak . Nak angkut pergi hanimun hatta balik kampung suami sekali pun , angkut je set ni . Kecik pun kecik , senang bawak . Set trial ni cuma RM84.70 jurr sisturr .

Kesimpulan dibuat , kalau kau bermasalah jeragat hatta sekelumit sekalipun ... cepat cepat lah bertindak sebelum ianya jadi lebih parah dan teruk .

Maka dengan itu dengan cepat jugalah kau beli set De Wajah ni k?

Mana nak beli ? ni bawah ni ...

Hotline : 03-5511 8519
Whatsapp 1 : 019-317 8007
Whatsapp 2 : 019-2028 983
Whatsapp 3 : 016-2250 686
FB 1 : De'Wajah HQ



Sekian wabillahitawfiq walhidayah , wassalamualaikum warahmatullah hiwabarokatuh * gigih aku taip kekeke .



dewajah malaysia, set dewajah malaysia, set jeragat, petua jeragat, petua rawat jeragat, cara hilangkan jeragat, produk hilangkan jeragat, produk jeragat, jeragat cara hilang, cara hilangkan jeragat

Thursday, September 29, 2016

Easy Parcel : Cara mendaftar dan bagaimana ia berfungsi?

Hello!

Okay sebelum ni aku pernah cerita cerita pasal macam mana nak buka akaun kontrak dengan Poslaju kan? Boleh baca kat sini : http://blog.farahdafri.com/2015/09/cara-buka-akaun-kontrak-poslaju.html .

Dalam entry tu aku ada mention yang deposit untuk pembukaan akaun ialah RM500. Tapi nampak gayanya macam dah jadi RM1000 pulak . So sebagai alternatif untuk korang yang baru berjinak jinak nak bisnes tu, boleh lah gunakan EASYPARCEL .

EASY PARCEL ialah sebuah syarikat yang ala ala macam orang tengah antara client dengan courier company. Maksudnya, easy parcel ni bukan lah sebuah syarikat courier pun. Bukan diorang yang pos kan barang korang. Sebaliknya dia tolong manage kan je, dan jadi perantara antara kita dengan syarikat courier besar besar tu .


EASY PARCEL ni menggunakan sistem prepaid. Maksudnya kita kena topup akaun kita, dan setiap kali pengeposan dibuat , akan tolak directly daripada baki akaun kita.

Masa aku mula mula guna EASYPARCEL dulu, tengah ada promosi flat rate RM5.00 je untuk pos item bawah 1kg seluruh semenanjung. Tapi sekarang dah jadi RM6.00 dah. Mungkin masa tu promosi penganalan kot. Tapi , bagi aku RM6.00 tu masih lagi murah lah. Sebab kalau direct dengan Poslaju, untuk 500gm pertama dah RM5.95 , lepastuu kalau contoh berat barang tu 0.70 kg, harga pos mungkin dah jadi RM6.00+ atau RM7.00+ . So , dekat sini lah kelebihan EASY PARCEL ni .

Korang pun tak gaduh nak beratur dekat POSLAJU tu panjang panjang, sebab dengan EASY PARCEL ni, korang boleh request untuk pickup . 

So, macam mana nak gunakan EASY PARCEL ni? ha meh nak ajar .

Mula mula, korang ke website rasmi EASY PARCEL : http://easyparcel.my/

Lepastuuuu macam biasalah, kena daftar daftar dulu. Boleh create account menggunakan email, atau pun login menggunakan facebook. So, bergantung lah korang selesa macam mana .

Macam aku, aku suka semua benda guna Facebook je. Sebab malas menaip muahahaha .



Okay, sekarang nak ajar korang cara untuk request postage pulak .

Nampak tak kotak warna maroon atas tu? ha, isi kotak tu . Masukkan poskod selengkapnya . Ini berfungsi untuk bagi sistem easyparcel ni dapat estimate berapa kos postage korang nanti . Tapi kalau below 1kg, dan nak pos within semenanjung , konfem konfem RM6 jurrr .

Lagi satu yang menariknya EASY PARCEL ni, dia bekerjasama dengan banyakkkkkkk courier company termasuklah POSLAJU, SKYNET, AIRPAK dan Nationwide Express. So, korang boleh lah pilih courier mana yang bersesuaian ikut suka kehendak qalbu masing masing . Tapi paling common, guna POSLAJU lah .


Dalam kes ni, aku masukkan poskod untuk poskan barang daripada Selangor, ke Melaka. Bila dah isi isi semua details tu, boleh terus tekan "QUOTE & BOOK" . Lagi satu .... pastikan eh korang declare berat barang tu betul betul  . Jangan lah barang berat 3kg kau tulis 0.8g pulak . Kalau salah, nanti ada additional cost pulak ye. Nak senang, beli lah penimbang satu khas untuk timbang parcel korang kat rumah .



Ini antara senarai courier yang ada . ANTARA eh .. ada lagi bawah bawah tu POSLAJU, AIRPAK semua .. tapi aku malas nak screenshot satu satu kakakakaka . 

Rate tu tulis RM7.80 kan? Tu sebab aku tak login masa buat ni . Nanti kalau dah login dan request pos , korang akan dapat rate RM6.00 tu . Don't worry. Kalau tak dapat gak, kau gi complaint kat facebook dorang eh . Kat sini : https://www.facebook.com/easyParcel.my/ . Tapi makesure dah topup / beli pakej baru boleh dapat flat rate tu .

Nanti dekat bawah bawah sikit, iols cerita pasal PAKEJ dia pulak .




Okay , ni pulak form untuk korang isi details customer.  Pastikan isi selengkapnya ya, dan ALWAYS ALWAYS double check poskod . Sebab kalau salah poskod, barang akan dihantar ke hub yang salah . Sama ada salah pusat atau pun salah negeri teros haha . Kang mula lah kasteme bising "eh saya duk Paya Jaras, dah kenapa bila track barang saya kat Langkawi pulekk?" .


"Kalau saya request pickup , pukul berapa orang courier datang rumah?"

Takde specific masa ya. Diorang akan allocate masa dari pukul 1pm sampai 6pm . So dalam range masa tu juga lah abang courier akan datang ambik . Pastikan ada orang kat rumah lah ye . Sebab diorang ada banyak tempat nak singgah dan collect item pickup. So bertabahlah dan menunggu dengan kesabaran setinggi broga .



Dalam sistem , akan ada semua detail dan rekod pengeposan yang kita buat. Siap tulis lagi status barang tu dah selamat di terima atau pun belum .

Nampak tak ada tracking number dekat column kiri sekali , tulisan biru biru? Okay tu tracking number. Nombor ni lah korang bagi pada customer untuk diorang check status item dorang . Bila click dekat tulisan biru tu, automatik sistem akan paparkan secara detail korang punya shipment status . Macam dekat bawah ni ...



Sangat sangat detail kan? Tak susah susah dah nak copy paste tracking number dan trace dekat website poslaju/skynet etc. Cuma click je dekat link tracking number tu. Senang gila babas alagapasss!



Ini pulak contoh untuk korang tengok baki dalam akaun korang ada berapa , berapa total item dah dipos dan macam macam lagi lah . Boleh tengok ni dekat bahagian 'MY DASHBOARD" . Lepastu, kalau rasa rasa macam baki dalam akaun dah tak banyak , boleh lah topup .

Ada disediakan dua pakej . Pakej VIP dan pakej biasa. Kalau pakej VIP tu memang sembang ribu ribu lah cerita nya . Yang pakej biasa, seperti yang berikut . Serendah RM100 . Campur GST, jadinya RM106 jurrr .


Aku biasanya topup RM100 je haha kedekut gitu . Biar sikit sikit dulu . Kalau korang topup RM500 terus, dapat lah 50 pcs flyers percuma. Flyers tu sejenis plastik untuk bungkus barang. Easyparcel punya flyers comel gila weh, warna pink! Memang comel . Tapi kalau nak, kena ambik pakej RM500 keatas. Kalau bawah daripada tu tak dapat free dan dorang pulak takde jual flyers tu . Sobs .


Comel kan warna pink!


Untuk urusan topup pun mudah, sebab dah tersedia payment gateway. Takdelah nak kena bayar manually masuk maybank2u dah. Tekan tekan je akan terus redirect ke bahagian payment . Mudahh sangat .



--------------------

Kesimpulannya , Easy Parcel ni memang sangat membantu para peniaga yang baru berjinak jinak nak bermula dalam online business. Dapat flat rate, dan dapat pulak privilage boleh request pickup .

Lagi satu nak highlight, kalau korang nak dia pickup , nak senang better place order sehari sebelum nya. Sebab kalau tak, dia akan pickup hari esoknya . Ada cut off time, kalau tak silap pukul 11 pagi kot . Paling lewat request order 11 pagi untuk pihak courier datang collect pada hari yang sama .

Dah, jelas?

Kalau tak jelas .. comment lah kat bawah ni . Nanti kak faa reply k saiyangggg :*



easyparcel malaysia, easy parcel, easyparcel murah, cara daftar easy parcel, cara guna easy parcel, easy parcel vs poslaju, poslaju contract, easy parcel mudah, easy parcel daftar, easy parcel flyers, easy parcel senang, cara pickup easy parcel, easy parcel pickup, easy parcel pakej, pakej easy parcel, courier easy parcel, easy parcel courier,  easy parcel lembang klang, easy parcel pakej murah, easy parcel murah, easy parcel mendaftar, easy parcel rm5, easy parcel rm6

Wednesday, September 28, 2016

High End Skincare Pertama di Malaysia : GLAMORA !

Hello!

Meh nak Tanya . Seriouslah , siapa yang tak sayang kulit muka kan? Kalau boleh, semua benda nak pakai , nak sapu , nak tempek untuk bagi gebu cantik putih flolessss.

Tapi masalah dia sekarang , tak semua lah produk yang ada kat pasaran , yang asyik appear dekat facebook ads, yang selalu instafemes review – boleh jadi selamat dan berkesan .

Ha time time camni lah khidmat aku sebagai seorang beauty blogger diperlukan ekekeke . Adalah menjadi amanat tugas sayaaa untuk berkongsi dengan awak awak semua , produk mana yang elok , mana tak best , mana berkesan , mana power blablabla .

Entry kali ni nak cerita pasal produk apa pulak faghah?



Kali ni lain sikit , kita bercakap pasal 1st High End Skincare Brand di Malaysia . Yass! High end skin care ni kira level level SKii , Biotherm blabla yang selalu kita Nampak dekat Parkson atau Aeon tu. 

Tuesday, September 27, 2016

The Battle of the Cheese Tart!


Hello!

Nape eh?
Sekarang ni rasanya macam semua benda nak di'cheese' kan. Murtabak cheese, Roti john cheese, Nan Cheese, Goreng pisang cheese.. Bila ada cheese je, terus menu tu jadi hipster kekeke .

Aku pulak , pantang jumpa kalau makanan ber-cheese cheese ni . Memang penggila cheese. Takkisah lah apa spesis cheese sekali pun . Cuma blue cheese je aku tak pernah makan , and rasa macam tak teringin nak makan . Sebab rupa dia aneh sikit . Dah la warna biru , nampak macam dah berkulat hahaha . Wehh sape je makan cheese tu ? Tak faham aku .

And newest one , tengah highly raved -- CHEESE TART!!

Wohoooo !

Aku dengan Wani , memang sisturrr sangat dan berkongsi minat yang sama . Iaitu -- MAKAN! hahaha . So bab food hunting ni , memang kitorang sekepala sangat . Lagi lagi bab hunting desserts . Memang kitorang paling suka berjalan jalan cari cafe yang ada kek sesedap . Bila hujung minggu je , gigih search dekat instagram , cari cafe mana yang tengah hot in town & serve kek yang best best .

So kali ni , kiotrang tukar carian kitorang kepada 'MEMBURU CHEESE TART' pulak .

Buat masa ni , dah 3 tempat kitorang pergi dan cuba cheesetart diorang . Benda yang tak best pasal Cheesetart ialah ........ MAHAL!!

Yang paling murah kitorang dapat , harga nya RM5.90 . Yang paling mahal pulak RM7.90
Sekali ngap , dah habis . Syahdu sangat bila makan tu . Dapat nikmat sedap disulam dengan rasa syahdu duit RM7.90 habis camtu je hahaha .

So kat sini , aku nak buat ranking top 3 cheesetart tersodapp (ikut tekak kitorang) bermula daripada no.3 sampai lah no.1 , okay?



3. Lavender - (RM6.00)


Image result
Photo credit : http://blog.saimatkong.com/


Cheesetart dekat Lavender ni sedap , cuma crust dia cam kureng sikit . Macam lemau . Taktahu lah kot sebab dah lama dekat rak tu kan . Tapi cheese dia memang sedap . Out of 3, aku letak dia nombor 3. Sebab apa? Sebab suka hati aku lah , tekak aku muahahahah *keji

2. Hokaido Cheese Tart -  AEON Shah Alam (RM5.90)

Photo credit : http://www.burpple.com/hokkaido-baked-cheese

Yang ni, aku tak sure dia ada outlet kat tempat lain ke tak. Tapi so far, aku jumpa dekat Aeon Shah Alam je. Yang ni best sebab membezakan dia dengan Lavender, Hokaido Cheese Tart ni di bakar time time tu jugak . So rasa fresh gitu . Tapi, masa part dapat bahagian aku , aku dapat yang dah sejuk kakaka . So , macam tak best lak sebab tak panas panas . Next time aku cuba request yang panas panas. Maybe ranking ni boleh berubah kot . We'll see .

1. Tokyo Secret (RM7.90)

Photo credit : http://thedoubleeaters.blogspot.my/

Ni takpayah cakap lah. Bersepah dah kiosk Tokyo Secret ni dekat mana mana . Memang serius ni terpaling sedapppppp sekali . Crust dia sedang elok je , tak keras , tak lemau . Dan mostly setiap kali beli , mesti dapat yang panas punya . Maybe sebab selalu habiss je kan cheese tart dia, so selalu ada batch baru yang dibakar . Alaaa tulis ni je pun dah terliur . Rasa nak gi singgah beli je masa balik keje haha . Cuma tu lah , mentang mentang sedap ... harga pun mahal . RM7.90 seketoi haha tapi memang puas hati bila dapat lalu kat tekak .



Korang pergilah cuba pulak . Pastu meh cerita, antara 3 ni ... mana yang paling sheeeedaaaaps? ihiks .



hokaido cheese tart, tokyo secret cheesetart, tokyo secret halal, tokyo secret tak halal, sedap tokyo secret, cheesetart sedap, kedai cheesetart, cheesetart malaysia, harga tokyo secret

Monday, September 26, 2016

8 Sebab untuk dapatkan Huawei Honor 8



Kalau dalam aspek memilih handphone , tak terhad kepada nak kan phone yang design nya cantik dan in-trend je. Tapi, kenalah ambil kira ciri ciri ada pada handphone tu, sama ada berbaloi untuk dibeli atau tak. Harga pulak , mesti setanding dengan kualiti .

Dengar dengar pulak sekarang ni ... jenama phone terkini yang tengah makin femes dan  power ialah Huawei!

Sebelum ni, kemunculan Huawei dalam mengeluarkan smartphone , orang macam tak ambil tahu sangat . Sebab katanya, phone China. Takut sangat kalau phone tu lopek lopek .

Tapi ... bermulanya daripada kemunculan Honor series daripada Huawei , semua dah mula "WALAWEH ..  BEST WEYY" , sebab phone 'china' yang korang rendah rendahkan , sekarang lagi powerrrr dan semakin power .

Hilmi daripada dulu memang dah selalu puji puji Huawei ni , tapi aku buat tak layan je sebab aku kan budak budak iphone kahkah . Tapi, sejak dia pakai Honor 6 , aku dah perasan "ehh apasal cam best je Huawei ni.. "

Rasa hati ni memang dah lama nak bertukar ke Huawei tapi asyik "Nanti dulu nanti dulu .. "

Sekarangg ...

Bila Honor 8 dan bersedia nak buat kemunculan terbaru , aku jadi tak senang duduk dah . 

Sebab apa? Sebab features terbaru pada phone Huawei Honor 8 ni memang buat aku speechless!

Nah, aku sediakan senarai 8 sebab kenapa aku, kau, dia , kamu , korang semua perlu miliki seketol Huawei Honor 8!!

Monday, September 19, 2016

3 sebab utama untuk memilih Deeja Cosmetics sebagai produk penjagaan kulit korang




Hello!

Rasanya macam takkan pernah bosan lah kalau nak cerita pasal 'beauty beauty' ni . Kiranya kalau bab kecantikan , memang jadi macam topik wajib bila melepak lepak sesama gegirls . Sekali sekala jumpa, soalan soalan macam "weh lawa lipstik ko, cap apa? " atau "apasal makin putih weh, ko tonyoh apa kat muka?" .. that's normal . Hakikatnya tanya lah mana mana wanita pun , pastinya mendambakan kulit mulus putih cantik . 

Budak budak wechat sekarang panggil ....  "floles"


Saturday, September 10, 2016

Main mekap mekap di Laura Mercier , Sunway Pyramid!


Hi

Alamak! banyaknya cerita basi haha . sejak sejak dah start intern ni, aku jadi busy semacam . Tak sempat langsung dah nak update blog, apatah lagi nak tatap wajah pakwe pakwe kpop iols kat laptop tu . Sobs.

Ada banyak benda nak cerita ni. Tapi mula mula kita start dengan cerita pasal aku dengan wani main mekap mekap dekat Laura Mercier ehehek