Tuesday, August 30, 2016

My Braces Story : Part 1 - Seorang Farah bergigi besi!


Hello gais!

Kalau korang perasan lah kan , KALAU .. 

dalam post sebelum sebelum ni, aku selalu merungut pasal gigi aku yang tak allign dan tak cantik haha . Ekceli , daripada aku sekolah menengah lagi dah perasan dah gigi aku memang kelihatan aneh dan tak lawa .

Dulu, aku ada gigi susu yang macam senget sikit dekat belah kiri depan  . Kadang bila aku senyum , dia terkeluar sikit haha . Masa aku form 4, ada lah nurse datang sekolah untuk check gigi . Dan masa tu baru aku tahu gigi tu ialah gigi susu dan sepatutnya dah cabut lamaaaaaaa dulu dah tapi tak cabut cabut . Nurse tu pulak geram je tengok gigi aku terkeluar keluar melambai lambai, jadi dia terus paksa aku untuk cabut. Katanya kalau tak cabut nanti jadi lagi teruk .. blablabla . 

Movie Review : Terlelap tengok The BFG


Hi gais!

I'm back for another movie review *melambai lambai*

Dan kali ni , aku nak review tentang cerita terbaru arahan Steven Spielberg pulak , iaitu THE BFG .


Apekebendanya BFG tu?

Friday, August 26, 2016

Ink Printer pun dah boleh beli secara online? | AppleToner.com.my




Kalau dulu, masa kecik kecik aku suka betul jalan kaki pergi kedai . Ada je alasan aku cari untuk mintak dekat Mama nak keluar rumah .




"Ma, ada nak kena beli apa apa tak kat kedai?"
"Ma, bawang kentang semua ada lagi ke? Ada tak nak kena pergi kedai?"
"Ma, jom gi kedai!"

apple toner malaysia, appletoner.com.my , apple toner malaysia murah


Aku taktahu lah apa yang syok sangat pergi kedai tu hahah . Maybe sebab aku eksaited nak gelapkan duit baki yang Mama aku bagi untuk beli jajan kot kahkah keji nya perangai !

Tapi tu dulu lah , takpayah suruh pun aku semangat nak pergi kedai . Sekarang, bila Mama suruh pergi kedai beli apa apa , fuhhh boleh bikin gaduh hahaha . Padahal , kereta dah ada . Takde dah nak susah susah menapak pergi kedai depan rumah tu . Tapi, bila dah besar ni rasa malas gila . Lagi pulak , nak kena bersiap , nak gosok tudung bagai . Alamatnya esok esok esok jelah pergi kedai tu .

So, selaras dengan dunia moden sekarang ni .. semua benda pun dah boleh dibeli secara online . Bagi aku, pembelian secara online ni memang genius lah . Memudahkan kerja, menjimatkan masa dan tenaga jugak . Lagipun senang je nak survey survey harga . Sekarang ni pun , kalau dekat area KL Selangor , dah ada dah pembelian barangan dapur secara online . Ko nak ayam,ikan , daging unta, daun kesum semua dah boleh order online dan 'ting tong' ....  abang courier dah terpacak depan pintu rumah ko .

10 cara amalkan chia seed dalam pemakanan seharian!


Chia seed sekarang dah makin femes kan . Sejak sejak orang dah makin tahu dan ambil tahu dengan kebaikan yang ada pada Chia seed ni , kemain semua tercari cari chia seed bila ke jusco ihiks . Kalau korang taktahu , chia seed ni elok sangat untuk diselitkan dalam diet harian , dan best part is -- elok sangat untuk yang nak kuruskan badan ! wehoo . Golongan seperti aku memang sukakan makanan yang menyumbang kepada usaha menguruskan badan  hewhew .






Mempunyai kandungan omega-3 lapan kali ganda lebih banyak daripada yang terkandung dalam ikan salmon , chia seed ni memang tak bagi chan langsung untuk kita jeling sebelah mata . Amboi

Tuesday, August 23, 2016

Innisfree Outlet di Paradigm Mall : 3 produk pilihan



Selama ni selalu dengar jenama Innisfree ni dekat TV je , lagi lagi bila melayan cerita korea, Innisfree selalu keluar dekat credit. Kalau tengok tutorial makeup Pony pun memang banyak guna produk Innisfree . Aku ingatkan Innisfree ni cuma boleh beli secara online je, taktahu pulak rupanya diorang ni dah ada dekat Malaysia iaitu di Sunway Pyramid, Pavilion dan Paradigm Mall .

Haritu sajelah jalan jalan dengan Wani dekat Paradigm . Mula mula masuk Sephora , bila jalan depan sikit tengok 'eh , ada Innisfree lah!' . Awal awal tu rasa ragu ragu dan malas nak masuk sebab :

Monday, August 22, 2016

Movie Review : NERVE


Dikesempatan aku tengah free free sambil menunggu nak start intern, aku bebetul habiskan masa dengan jalan jalan cari makan , perabih kan duit dan cari penat hahaha . Sebab bila dah mula intern, aku memang dah takde masa nak bersuka ria .

Intern dah nak mula minggu depan, aku pulak kena kerja 6 hari seminggu . sobs! cuti cuma hari Ahad je. Dah tu pulak , hari sabtu pun kena kerja full day wuwuwuwuw . Takpela, sis tabah . Insyaallah niatkan kerja kerana Allah Taala , semoga semuanya dipermudahkan . Ameen


Back to our story , dalam kelapangan masa tu .. sempat lah juga aku pergi tengok wayang . Dan yang terbaru , aku tengok cerita NERVE . Mula mula tu tak berapa nak faham sangat sinopsis dia macam mana . Ingatkan cerita pasal bunuh bunuh ke apa . Aku pun tak rajin nak google synopsis dan tengok trailer masa tu haha . So , beli tiket dan terus masuk tengok . Tanpa memahami cerita pasal apa sebenarnya .

Thursday, August 18, 2016

Doublekan Lemak : Makan makan di Mr Dakgalbi




Bertemu lagi dalam segmen "Moh double kan lemak !" .  Siap ada segmen lagi kau , mampu? hewhew . Segmen ini tidak lain tidak bukan melainkan untuk share share dengan korang tempat mana yang power untuk proses pen-double-an lemak disamping berbaloi untuk perhabis kan duit korang dengan menyumbang makanan sodap disalurkan ke perut kome semua . ahaks!

Untuk tengok post post lain dalam segmen yang sama , KLIK sini :



Mr. Dakgalbi ; apa benda ni?

Monday, August 15, 2016

Pelancaran Konsep Kedai Terbaru Obermain di Mid Valley Megamall : Afgan pun ada!



Datang bersama pakej 'demok' dan pendek, aku rasa untuk mencari kasut yang sesuai dan selesa ialah sesuatu yang susah. Nak kasut yang tinggi tapi taknak tinggi sangat. Nak kasut yang selesa tapi nak yang cantik. Nak sesuatu yang stylish tapi berkualiti dan tahan lama.

Kalau gabungkan semua kriteria ni dan nak dapatkan dalam satu kasut, bukan senang ya *geleng kepala*

Biasanya kalau jumpa kasut yang selesa, dengan teknologi cushion apa benda semua yang canggih manggih siap dengan memory foam lah semua tu -- mesti tak kena dengan taste aku . Tak sangka, pilih kasut pun boleh bikin tension .

Kalau beli beli kasut dengan kedai kedai macam V* ke, Nos* ke, SUM**T ke .. cantik tu memang cantik . Tapi baru pakai 1-2 jam dah sakit kaki sebab bahan keras atau pun tak selesa. 

Kalau korang tercari carikan kriteria sama seperti diatas dalam kasut yang korang nak , salah satu jenama yang aku boleh rekemen kan ialah Obermain .


Friday, August 12, 2016

REVIEW : Loreal Gentle Lip and Eye Make-up Remover

"Ko makeup makeup ni, sembahyang ke tak?"


Selalu timbul isu macam ni dikalangan kepochi yang sangat judgemental . Bila makeup je, tak solat. Apalah cetek sangat ilmu google diorang ni kan . Don't they know, kewujudan makeup remover telah ada sejak sekian lama . ish ish ish .

Makeup remover memang satu satunya benda paling penting sekali I akan bawa bila keluar rumah . Kalau tertinggal makeup ,  I boleh redha lagi . Tapi kalau tertinggal makeup remover, rasanya dah boleh cancel plan nak jalan jalan dan balik rumah terus .

Kalau makeup tertinggal & berjalan dekat mall , mampu lagi lah pergi Watsons ke , Guardian ke, ambik ambik tester sikit untuk makeup hahaha . Tapi kalau takde makeup remover? Fuh rasa macam susah . Takkan setiap kali keluar, setiap kali tu nak beli wet tissue atau makeup remover yang baru .

gigih bergambar dalam RNR , remove makeup & singgah solat haha

Tapi, kadang I macam kesian juga bila singgah solat, tengok ada yang eyeshadow, mascara semua masih ada pada muka tapi dah ambil wudhu dan solat . Sometimes I offer juga kot diorang nak pakai I punya makeup remover but they decline . Hm maybe nak jaga makeup kot atau tak bawa makeup untuk touch up. But still, tak elok la macam tu. Mungkin ada antara diorang kurang ilmu dan taktahu, bila makeup , air wudhu tak dapat diratakan. Kalau tak rata wudhu, macam mana solat nak sah , kan? Jadi kena lah cuci dulu makeup tu semua .

Sama juga dengan beberapa orang yang suka cuci makeup guna cleanser. Setakat cleanser biasa, macam pencuci muka yang biasanya diwakafkan dekat surau atau masjid macam pencuci muka Safi, Biore, Clean & Clear, tak cukup untuk cuci semua makeup awak tu . Mascara mascara yang melekat , eyeliner , masih lagi tak tertanggal . Belum lagi masuk isu tak cuci lipstik . Ada yang dah cuci muka bersih bersih tapi lipstik tak di cuci .

I dah cuba dan guna bermacam macam jenis makeup remover. Daripada yang mahal, sederhana mahal, dan murah . Tapi ada satu yang I keep on repurchase sebab I puas hati dengan kualiti dan ke'power'an dia remove makeup .








Loreal Gentle Lip and Eye Make-up Remover



2 benda wajib bawa kemana mana

Makeup remover ada macam macam jenis, ada juga daripada water base dan oil base. Biasanya untuk makeup ringan ringan , sesuai guna water base. Tapi kalau makeup tebal, ada mascara berlayer layer, pakai foundation tebal, lipstick tebal etc , I recommend oil base.

Biasanya oil base memang kurang selesa nak dipakai, sebab lepas dah guna muka akan rasa melekit dan berminyak. Tapi oil base lah yang power untuk buang makeup. Minyak zaitun & minyak kelapa pun elok tau dijadikan sebagai makeup remover . Tapi bau dia jela pelik sikit haha .


Menariknya pasal Loreal yang I suka. It's a water base makeup remover. Tapi kuasa menanggalkan makeup dia setanding oil base. Sebenarnya banyak je lagi brand makeup remover yang elok. Tapi I suka Loreal ni sebab ianya memudahkan kerja kerja membersihkan makeup dengan mudah. Lagi lagi proses nak bersihkan mascara .


  • Packaging : Dalam bekas plastik, size tak terlalu besar. Mudah nak bawa kemana mana .

  • Cleaning power : Agak power. Berkesan dan mudahkan kerja kerja menyahkan makeup waterproof pada wajah .

  • Volume : 125ml . I guna ni hari hari, cepat habis jugak. Sobs

  • Price : RM29+ kalau tak silap. Tapi watsons & guardian selalu buat promo. Haritu I beli dapat harga RM23 saja



  • Cons : Kena bawa sekali cotton pad bila kemana mana. Without cotton pad, it's useless sebab dia water base. Kalau oil base, mampu lagi guna jari .

  • Overview review : I recommend ni untuk buang makeup yang waterproof, especially mascara. Nak cuci mascara memang senang sangat pakai ni. And ni dah botol ke 4 I beli . Maybe lepas ni nak cuba Maybelline punya pulak yang terbaru

  • Repurchase : Maybe yes maybe not . Yes sebab memang bagus, No sebab dah boring pakai 4 botol dah hahahaha , nak cuba yang lain pulak ekekeke .

Okay, harap harap entry ni dapat bantu korang yang tercari cari makeup remover yang elok. Nanti I review brand makeup remover yang lain pulak , okay? Thanks for reading gais!


Loreal Gentle Lip and Eye Make-up Remover, loreal makeup remover, loreal makeup, makeup remover murah, makeup remover best, makeup remover bagus, makeup remover review, cleansing water, cleansing milk, remover makeup, loreal malaysia, remove makeup mudah, pencuci makeup, mekap remover

Thursday, August 11, 2016

Terjebak jugak ke dengan Pokemon Go ni?



Macam korang semua tahu (ofkos kena tahu, tengah trending sekarang ni ha!) , Pokemon Go dah boleh di install dah dalam phone masing masing. Lamaaaa dah sis dok tunggu pokemon go ni masuk Malaysia. Finally , dah boleh download dekat Android & IOS.

Wednesday, August 10, 2016

REVIEW : Baby Powder Cologne x DEMETER FRAGRANCE LIBRARY NY


Cuba bagitahu, siapa tak suka bau wangi? Tapi kadang tu bila wangi sangat pun boleh jadi sakit hati hahaha. Paling stress bila terpaksa bau pewangi yang terlampau kuat sampaikan sakit kepala jadinya. Bab bab nak pilih minyak wangi pun boleh jadi sesuatu yang susah. Kalau boleh, dalam pemilihan minyak wangi, I pastikan ianya tak berbau terlalu kuat , tak terlalu menggoda, tak terlalu sweet. Nak bau yang fresh, yang menenangkan, macam bau baby!

And now, I've found one!



Ini serious bau wangiiiii lembut sedappp macam bau bayi. Macam bayi bayi comel lepas mandi, dah dipakaikan bedak dah wangi wangi. Macam tulah bau nya, sebijik!

Tuesday, August 9, 2016

EVENT : Beauty Palace Korea Blogger Party




Harini hari selasa kan?

Okay, hari Ahad lepas (2 days back *haha ni pun nak bagitahu) I sempat turut sama memeriahkan party blogger bersama Beauty Palace Korea. Event ni berlangsung di Kiaramas Residence, Sri Hartamas. 

Dalam tentatif katanya majlis mula pada 4.00 petang, so by 3 lebih macam tu I dah keluar rumah sebab takut jem. Bila sampai je, kitorang ada isu sikit dengan guard. More to miscommunication sebab tak faham apa dia cakap hahahaha . Dia cakap kitorang tak boleh masuk sebab khas untuk residence je. Bila call Lucy (person in charge) , dia pulak suruh naik je. Ahh sudah, acaner tu .

Sunday, August 7, 2016

KATE Powdery Mousse BB Review : Foundation ringan dalam bentuk mousse hasilkan solekan flawless!




Hey guys! So I'm back with another beauty product review this time. Cewahh speaking english persis Youtuber feyymes gitu ekekee. Ekceli,I ada jugak berangan berangan nak jadi youtuber. Buat video dan share pasal beauty products, makeup tutorial , membebel bebel dan macam macam lagi lah. Macam fun kan? Tapi setiap kali buat video , lagi lagi ada my face in it, lagi lagi muka tengah bercakap, terus I delete video tu hahahahahaha why? Sebab gigi I jarang bahagian bawah, so bila bercakap terutama dalam video, nampak obvious gila gigi tu tak allign dan bersepah . Wuuuu malunyaaa . Tunggulah kalau ada rezeki I dapat pakai braces, baru I buat video ekekeke.

Doublekan Lemak : Nak sangat makan MyeongDong Topokki kan? Hamek!


Hai korang! 

Semalam, tiba tiba rasa nak pergi jalan jalan dekat Sunway Putra Mall. Wanie lah yang paling excited sekali, sebab dulu dulu masa dia study dekat SESERI (Sekolah Seri Puteri) , mall tu lah tempat dia jalan kaki lepak makan eskrim . Tapi dulu mall tu nama dia lain , 'THE MALL' ke amenda tah. Dulu dulu memang hambar & tak best langsung. Layout bosan, kedai kedai yang ada pun bosan. Sejak sejak dah renovate & tukar ke Sunway Putra Mall, kitorang tak sempat pergi jenguk lagi. Bila semalam free, terus ajak Wanie pergi sana. Lagipun dari haritu lagi dia kepoh hantar screenshot satu instagram ni ; kafe jual topokki dekat Sunway Putra Mall tu. Kpop sangat tekak akak akak ni , mendambakan makanan korea sentiasa ekekekek .


Cafe/Restaurant : MyeongDong Topokki
Menu : Korean food & snacks
Location : Sunway Putra Mall, Level 4 (Selera Street)



Saturday, August 6, 2016

Pedro Fall Winter 2016 Fashion Show






Event : Pedro Fall Winter 2016 Fashion Show
Date : 5th August 2016
Venue : Chin Woo Stadium, KL

Hi guys! I ni (amboi terus I haha) sebenarnya jarang dapat invitation ke event fashion fashion macam ni, sebab I'm not really into fashion. Pakai baju pun style makcik makcik. Tak stylo langsung hahahahaa . 

So bila dapat je invitation daripada Choon dekat email untuk Pedro Fall Winter 2016 Fashion Show, rasa macam dilemma nak pergi ke tak . Sebab ....