Thursday, January 28, 2010

MARAH dan Jantina

MARAH . Siapa suka marah? Eh aku suka . Kau tak marah marah memang kau suci gila . Aku teruja if jumpa orang yang tak pernah marah ni . Memang rasa nak peluk and cium muah muah plus minta sign and framekan letak dekat kepala katil supaya hari hari boleh dijadikan aku punya panduan hidup . Ceh panduan tu . Macam lah aku hidup selama ni tak berpanduan . Isk isk .

Marah ni subjektif . Haha aku tak faham pun apa maksud Marah itu subjektif . Well biasalah kan , aku main tulis je nak bagi macam sedap sedap je bunyi ayat aku . Fine abaikan ayat atas ni . Tak boleh pakai pun .

Antara lelaki dengan perempuan mana lagi hebat dalam menempiaskan marah? Siapa lagi dahsyat? Jom kita beradu tenaga dan minda . Tengok siapa lagi terror . Masing masing ada cara sendiri nak expresskan marah .

Lelaki biasanya yang jenis cool cool and berlagak macho akan bajet OH AKU SEORANG YANG PENYABAR depan orang . Tapi dekat belakang orang sepak kaki kerusi or tumbuk dinding sampai darah then maki maki dinding tu cakap WOI APASAL KAU KERAS HA? Sekarang siapa yang bodoh? Sila jawab .

If lelaki yang panas baran tahap boiling point melebihi 100 degree celcius tu memang kaki buat gimik lebih . If ada boyfriend macam ni , aku sarankan kau belajar taekwondo or silat awal awal . MICET ada buat open registration untuk Silat Hanafi apa menda ntah . Kau nak? Meh lah datang sini daftar . Kerana apa? Kerana mereka yang berspesis macam ni bukan sahaja suka melayangkan penumbuk penampar penyepak dan penyapu . Malah peratusan untuk dia melayangkan segala harta yang ada disekitar nya dengan penuh toleransi dan tanpa ragu ragu dan no sweat memang amat tinggi . Memang aku sarankan kau exercise hari hari lari keliling padang so senang kau cabut bila dia punya baran datang menyerang . Just as long dia tak sakiti kau , alhamdulillah . Kau boleh tolerate dengan dia lagi . But if sampai dia kirim cap jari atas muka kau yang masih melekat krim Safi Balqis and compact powder Maybelline sampai buat eyeliner and mascara kau meleleh jugak , aku sarankan kau telefon talian Nur . Kau memang sangat perlukan tu . Jangan jadi bodoh nak stay dengan manusia macam tu . Cari nahas kau tahu?


Cakap pasal marah dalam kalangan perempuan pula ? Haa cara kami berbeza . Perempuan ni mostly emo je lelebih . Paling hebat boleh buat pun tarik tarik rambut jerit jerit macam orang histeria , campak semua benda atas meja mekap then nak nyesal tak sudah minyak wangi dah pecah , mengumpat sana sini dan cakap berapi api , and and paling suka buat jerit kuat kuat sambil tutup muka dengan bantal . Heh pelik kan? Tapi ini lah terapi kami . Ada juga jenis yang suka menangis masa marah . Ada jugak yang ketawa . Masing masing ada cara sendiri nak atasi rasa marah . Persoalannya , antara laki and perempuan , siapa lagi kuat marah?